Ops Tikus
Musim sejuk sudah mula berakhir. Bunga-bunga liar mula mekar menandakan hadirnya musim bunga. Suhu atmosfera perlahan-lahan menginjak naik, menghangatkan kembali manusia di muka bumi Mesir, sehangat semester kedua yang mula dibuka. Result imtihan fasa pertama yang keluar semakin menghangatkan suasana. Tekanan study mula dirasakan ditambah pula dengan jadual yang makin padat.
Adam menghenyakkan punggung di birai katil. Imtihan Histologi - Written baru sahaja dihadapi dengan jayanya walaupun dia sebenarnya tidak pasti adakah dia akan berjaya. Kunci rumah dicampak ke lantai. Beg yang disandangnya dilempar ke sudut katil.
Seketika dia menoleh ke arah suratkhabar di atas meja. Sejak bila rumahnya ada suratkhabar, dia sendiri tidak tahu. Berita di muka depan menarik perhatiannya.
OPS TIKUS II - 4 PENJENAYAH DIBERKAS
CAIRO, 16 Mac - Perubatan DiRaja Mesir (PDRM) sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila 4 penjenayah berbahaya berjaya diberkas malam ini. Operasi yang diketuai Dr Adam itu bermula selepas Maghrib setelah 2 minggu menyiasat dan memantau kegiatan penjenayah ini.
Kegiatan Geng Tikus ini mula dikesan sewaktu kerja-kerja naik taraf rumah mandi awam yang bermula lebih kurang 2 minggu lalu. Antara jenayah yang telah dilakukan adalah merosakkan kemudahan mesin basuh yang disediakan, membuat bising di kala malam hari dan mencuri tulang ayam di dalam tong sampah.
Kehadiran tikus-tikus ini mula disedari Dr nySa (bukan nama sebenar). Menurut beliau, tikus-tikus berkenaan telah keluar dari saluran najis rumah mandi awam yang dipecahkan oleh kontraktor. Tambah beliau lagi, tikus-tikus tersebut telah mengganggu ketenteraman ahli bait malah telah melakukan vandalisme secara berleluasa. Seorang lagi ahli bait menyetakan bahawa beliau geli dengan sikap tikus-tikus tersebut.
Laporan yang dibuat oleh Dr nySa mula diambil tindakan menjelang malam dan Ops Tikus I dilancarkan secara besar-besaran diketuai Dr Adam. Usaha selama 3 jam membuahkan hasil apabila 3 penjenayah dikesan. Hasil kerjasama semua pihak, seekor berjaya diberkas, seekor berjaya digilis mati manakala seekor lagi berjaya melepaskan diri.
Akibat kekurangan bukti, penjenayah yang diberkas terpaksa dibebaskan ke jalan raya. Malangnya, ekornya putus akibat seksaan pegawai bertugas. Rakannya yang meninggal pula dikebumikan di Perkuburan Sampah yang berhampiran.
Kecewa dengan Ops Tikus I, Dr Adam mula merangka strategi baru. Kelemahan Ops Tikus I dianalisis dan dihantar ke ibu pejabat lalu dibentangkan di hadapan Dato' Rumah. Laluan penjenayah mula dipantau dan markaz mereka telah dikenalpasti. Jalan-jalan utama dikepung dan jalan lama iaitu jalan yang menghubungkan Daerah Sinki, Pekan Mesin Basuh dengan Jalan Longkang Besar ditutup pada saat akhir.
Setelah segala persiapan dilakukan, operasi dijalankan tepat jam 8 malam dan mendapat kerjasama seluruh penduduk. Usaha mengesan dan menangkap turut dibantu detektif terkenal, Dr zAlee Kindaichi. Malah Dato' Rumah turut turun padang memantau operasi.
4 ekor penjenayah berjaya diberkas dalam masa kurang 3 jam. Hukuman dijalankan serta merta on the spot dengan membungkus mereka dalam plastik berasingan dan dicampak ke atas jalanraya dari tingkat satu rumah. Seperti yang dijangka, hayat mereka ditamatkan sekelip mata oleh kenderaan yang lalu lalang. Mayat mereka telah dibersihkan oleh pegawai penyapu sampah yang bertugas.
Menurut ketua operasi Dr Adam, Ops Tikus kali ini merupakan operasi paling berjaya pernah dicapai dengan peningkatan penangkapan sebanyak 400%. Sekaligus menamatkan spekulasi kegagalan Ops Tikus I. Kejayaan ini juga membuktikan kemampuan PDRM dalam membanteras penjenayah bertaraf antarabangsa. Dato' Rumah, Dr nySa turut memuji kecekapan PDRM. - TANPANAMA
Adam tersenyum. Kematian tikus-tikus tersebut telah mengembalikan keamanan di rumahnya. Tapi sampai bilakah keamanan ini akan berterusan, hanya masa yang akan menentukan. Mungkinkah akan ada perintis yang akan menggugat kembali keamanan yang dicapai, atau mungkin akan muncul Geng-geng yang baru, seiring musim yang baru muncul. Adam akan menanti saat itu tiba.
Suratkhabar tadi dilipat dan diletakkan kembali di atas meja. Dia bengkit dan menuju ke biliknya untuk membersihkan diri. Terasa melekit setelah seharian berjuang di medan kuliah. Namun tanpa sesiapa pun sedari, sepasang mata kecil memerhati lelaki itu dari jauh seraya ketawa "cit, cit, cit".

ARGH!!!
ade sekor gi kat ats siling..!!!
fras aku...
Posted by: Hafiz Adam | March 18, 2007 07:27 PM
waa....byknyer tikus..
rumah 2 xbersih la tuh...
sal rmbut x potong?
sy smpi xcam...sapo la tuh...
nsb baik cam...
Posted by: ZULIKHA | March 29, 2007 02:07 AM
saje..
smat sikit..
mase tue tgh srabut pale cari g bwh katil pnjat siling akat robok..
huhu
Posted by: Hafiz Adam | March 29, 2007 02:23 PM
OWWOS...sal rambut orr dinmat??hehe....uma ade tiko0ss???erm..nyway...hrop atas siling orr gane??
Posted by: -NoNeNg- | April 5, 2007 03:17 AM
doh baru bangun tido tetibe dato' umoh suh takap tikus..dok dang nok nyemat..srabut g2 r...
Posted by: Hafiz Adam | April 5, 2007 05:55 AM