My Photo

April 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

« Sakit | Main | Ops Tikus »

Monday, 05 March 2007

Odontic Treatment

   Ini adalah sambungan dari tulisan [Sakit] yang aku tulis baru-baru nie. Setelah makan 2 jenis ubat yang doc bagi aku pun stat baik tapi still ade denyutan kat bahagian gusi. So aku terpaksa makan slow2 supaya tak rasa sakit.
    Seminggu berlalu dan minggu lepas menyaksikan aku berjumpa lagi dengan doc tue untuk prognosis treatment yang dia bagi. Approximately 90% sembuh, aku bajet. So doc tue kate aku kena menjalani odontic treatment iaitu proses membersihkan remnants of nerve dan buat tampalan yang baru. Keseluruhan kos LE 500.
    Masa doc tue bagitau aku rasa lega sangat mula-mula sebab murah, LE 140. Last-last rupenye itu untuk nerve treatment sahaj, tak termasuk tooth filling LE 350. Mahal laa jugak. USD 100 tue. So aku bagitau nak buat minggu depan iaitu minggu nie la. Bukan ape, aku nak mikir dulu, tunggu duit masuk dulu, baru sedap sikit nak buat treatment.
    Aku ni kan mulut merapu so bile orang tnye je aku mula laa sembang yang pelik-pelik. Kena buat surgery laa, sakit otak laa, boleh mati laa, padahal biasa je pada pendapat aku. Macam cabut gigi yang biasa tue. Takde bedah-bedah. Tapi manusia kat sekeliling aku nie prihatin giler - percaya ngan citer aku, siap kutip derma. Mula laa aku rase bersalah pulak. LE 380. Lebih separuh kos treatment aku. rasa bersalah pulak sebeb menyusahkan orang lain. Padahal aku dah janji takkan menyusahkan manusia lain dengan perkara peribadi. Wwalaupun bukan 100%, tapi aku sedang berusaha berusaha ke arah itu - mengotakan janji.
    So aku pun pergi berjumpa doc ari nie. Punye laa awal aku pergi, still dapat nimrah arba3ata asyar genih. Frust bukan main. Nombor last jugak aku kena. Memandangkan orang ramai dan malam masih muda so takkan nak membuang masa kat musytasyfa tue. Aku pun balik main komputer dan kemas bilik sekejap.
    Aku pergi balik hospital dalam pukul 10, macam sedang molek laa sebab aku tunggu setengah jam terus sampai giliran. Tu pun bukan giliran sebenar tapi langkau sebab manusia sebelum aku lesap entah ke mana. So doc tu suruh aku masuk.
    Maka bermulalah rawatan aku. Doc tue tnye soalan matematiktentang sakit aku nie dan menerangkan serba sedikit mengenai bahasa rawatan yang akan dibuat. Tapi tue semua aku dah dengar minggu lepas. Jadi penerangan dia tue ibarat mencurah air ke daun keladi, sekadar berlalu di external opening of the ear jer.
    Doc tue tanye aku,"Are you ready?" Aku sekadar mengangguk lemah. Ready kot. Tapi rasa berdebar tue ade laa jugak sebab doc tue tambah satu fakta dalam penerangan dia kali ini, "...we will have SURGERY after that. Dont worry, it only takes 10%."
    Surgery makna nye muka aku kena bedah, alamak hilang hensem aku, mende tu yang bermain dalam benak kepala lutut aku masa tue. Only takes 10%? Ape yang takes 10%? Peluang kejayaan ke 10%? 90% lagi? Aku mati ke? Semua soalan tue berlegar-legar dalam ruang udara CNS aku masa tue.
    Doc tue suruh aku baring, aku baring. Bukak mulut, aku bukak mulut. Doc tue tarik bibir aku ke atas, menyerlahkan gusi aku dan sekelip mata tanpa dapat merasa apa-apa, dia inject ubat. Menggelepar aku seperti babi kena tembak. Keluar air mata. tumpah ke pipi. Yang canggih, sebelah je keluar - sebelah kena inject, kanan. Mula-mula aku ingat ubat tue masuk dalam sinus ke, ape ke, cavity kat muka ke, sebab aku boleh rase flow ubat tue. Tapi setelah berfikir balik maka aku berijtihad bahawa ubat tue masuk ke dalam respiratory tract aku start dari hidung ke bawah.
    Cuba bayangkan, doc tue cucuk gusi tembus ke hidung. Aku boleh rasa macam air masuk hidung. Sejuk membasahi larynx, pharynx dan trakea and esophagus aku. Pahit macam ubat yang kita selalu makan, yang doc bagi tue. Aku setareh (rilek) lagi mase tue. Tengah baring laa katakan. Doc tue pun kate "My dear, take a rest outside."
    So aku pun bangun keluar laa, dah dia suruh setareh kat luar. Sampai kat pintu, aku mula terasa ade sesuatu nak keluar dari hidung aku. Aku rasa macam biasa jer sebab air mata pun keluar, mesti air hidung pun keluar sebab hidung yang kena kan. Itu laa yang aku pikir tapi bila aku kesat, YA ALLAH, darah.Keluar lagi. Makin laju, makin galak laa aku kesat. With my bare hand. Setiap jari tangan kiri aku dah tercemar dengan darah dari hidung. Tapi still nak keluar.
    Aku dah gelabah gila dah amsa tue bile sorg pakcik Arab bagi mandil (tisu) kat aku. So rasa lega laa sikit. Kesat punya kesat, akhirnya berhenti due to blood clotting inside my nose. Habis setiap inci mandil tue aku gune. Banyak. Nie yang aku risau nie. Bleeding time aku panjang. tapi bila tengok jari dan mandil tue, nampak comel plak darah aku tue. Darah tue sebab dah tersekat pathway ke external so dia lalu ikut belakang ke internal. Maka aku boleh rasa sedikit darah laa mase telan air liur tue. Sedap sampai aku tak terkata ape.
    Pastu aku ato mesej ke ahl bait suruh sesape teman aku sebab aku debar gile. Buatnye betul-betul surgery, tak ke seksa bila nak balik nanti. Nak communicate ngan doc pun payah. Tapi lain yang diminta, lain yang dapat. Sorang yang kuharap, 4 orang yang datang. Bukan tak suke tapi kesian dak kat dorang nak study. Lagipun jam dah menunjukkan pukul 11 lebih. Tapi sebab dorang dah datang, buat macam rumah sendiri laa.
    Sembang kejap akhirnya 3 ekor balik, lega aku. Tak laa rase segan dan rase menyusahkan orang. Hawaali (sekitar) kul 0030 aku masuk dengan geng aku, nySa. Macam biasa, aku baring kat tempat khas tue, yang ade lampu kat atas tue. Bukak mulut, doc tue pun stat wat keje. Mula-mula dia tebuk lubang, Guna gerudi. Aku boleh rasa dan bau hasil gerudi tue. Gigi adalah salah satu anggota yang keras, level dia up sikit dari kuku. So hasil friction antara besi dan gigi menghasilkan haba dan haba inilah yang menyebabkan bau hangit. Macam terbakar.
    Lepas tue doc tue amik macam pin yang guna untuk hancurkan spinal cord ngn brain frog kat lab, dia buat mende yang sama. Tujuan dia - menghapuskan remnants nerve yang tinggal. Bila kena nerve aku tersentap, pedih sekejap. lama-lama okey. Aku malas nak cite panjang-panjang so summary jer - doc tue bersih sume remnants yang ade, x-ray gigi, pastu last sekali tampal lubang yang dia buat tadi. Rabu nie kena jumpa dia balik dan kena makan ubat yang dia bagi. 3 kali dia bagitau "Eat one only". Bila aku balik baca desription ubat tue rupenye doc bagi dos yang paling tinggi - untuk severe infection. Patut laa stress 3 kali, takut aku overdose rupenye.
    Okey sekali lagi masa malam aku terbuang, tunggu giliran chek gigi. Berapa kali? 3 kali tak termasuk yang akan datang nie - hari Rabu this week. Tapi aku lega sebab surgery tak dilaksanakan. Doc kata kalau still ade swelling kat bahagian sekeliling upper respiratory tract, dia akan wat surgery. Segalanya bergantung pada pemeriksaan pada hari Rabu nie.
    Tapi yang paling aku kagum ialah doc tue macam cuba untuk orang faham kaedah yang dia buat. Siap bagitahu apparatus yang dia guna dan tujuannya. Pas abis kerja dia bagitau pulak siap lukis atas kertas gambarajah treatment aku tadi. Bagus siot. Graduate dari UK (Universiti Kaherah), ada master dan baru 6 tahun practice medicine. Hebat.
    Sekurang-kurangnya ade jugak motivasi untuk hari ini. Tapi yang lagi aku concern ialah exam spotting ari khamis nie kul 8. Aku tak study ape lagi nie. Bile dengar senior cite pasal exam nie macam senang jer. Tambahan pulak aku baca contoh soalan - identify. Aku kate, nie senang laa, sume boleh jawab kecuali aku.
    Overall spotting nie memang senang sebab dengan kalimah [identify] tue saje telah menaikkan peratus betul sebanyak 50%. Selebihnye terpulang pada pelajar untuk kenal muscle, nerve, arteries, veins kat cadaver yang dah reput tahap cipan tue. Aku masih seperti dulu, rilek jer. Padahal bukan bijak ngat pun. Cuma malas. Macam mana aku nak ubah, aku pun tak tahu. Malas tue sebahagian habitat ku. Haha.
    Camne-camne pun jom kita renungkan WoW di bawah
    "Those who wanders around is not lost"

Comments

pnjg seiy crite kli nie....
letih membcenye...
tp xmmbosnkn pun...
smoge cpt smbuh...

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .


Latest Book I Read

  • rnysa: Relevankah Aku di Hatimu ()
  • Fatimah Syarha Mohd Noordin: seindah Mawar Beduri ()

Photo Albums

Powered by Friendster Blogs
Member since 06/2006