My Photo

April 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

« Baru Ku Tahu... | Main | Sakit »

Thursday, 08 February 2007

::Artikel Kreatif::Nafkah Batin

[Cerita ini aku reka dengan harapan menjadi ingatan buat diriku di saat akan datang, bukan menutup keinginan berkahwin, namun peringatan agar aku sentiasa bersedia untuk menghadapinya]

    Pada zaman dahulu ada sepasang manusia. Biarlah ku namakan mereka dengan Adam dan Nurul. Nurul menyukai Adam dan dia tahu Adam juga mempunyai perasaan yang sama. Pada suatu hari Nurul bertemu Adam, menyatakan isi hatinya.
    "Maaf, aku bukan jodoh yang terbaik buatmu," jawab Adam.
    "Tapi mengapa?"
    "Aku tidak mampu memberikan nafkah batin kepadamu"
    "Adakah perkahwinan itu atas dasar keperluan batin semata-mata?" hujah Nurul.
    "Engkau tidak mengerti, malah tidak mungkin mengerti," lembut Adam membalas. Namun Nurul terus memaksa dan akhirnya Adam mengalah.
    Setelah akad nikah berjalan, majlis perkahwinan berlangsung dengan meriahnya seperti adat masayarakat kita. Malam pertama juga berlalu seperti biasa antara mereka berdua.
    Setelah seminggu berkahwin, Nurul berasa hairan. Suaminya ok je, langsung tidak mengalami masalah tenaga batin. Lalu pada malam itu dia bertanya kepada Adam. Lantas Adam menjawab,"bukanlah nafkah batin suami terhadap isterinya itu, hubungan jenis semata-mata namun keperluan rohani yang lain. Aku tidak mampu mengajar hal-hal agama atau  memberi tazkirah. Sesungguhnya aku tidak mampu menegur mu kerana pandangan mu sahaja mampu mencairkan hatiku."
    Dan fahamlah Nurul bahawa suaminya itu belum mempunyai ilmu yang cukup untuk mendidiknya perkara yang berkaitan agama. Lalu dia tersenyum dan memegang tangan Adam.
    "Kita boleh belajar bersama-sama, kata-kata abang menyedarkan Nurul bahawa keperluan batin adalah santapan rohani kita agar ia terus hidup, menyinari rumah tangga kita."

[hakcipta terpelihara muhammad hafiz adam]

Comments

sebut BATIN...........
x nampak mende BATIN nih..
hu..hu..hu..hu..hu..
class class cite mu

hok hunbungan tu sbenarnya bukan nafkah batin saje.. die duk tengah-tengah..zahir ader batin puan ader..
so, ia adalah nafkah zatin...
keperluan biologi badan jer...
hu..hu..hu...
loyar buruk aku...

Haii mat seh...eh ade lgi ke org pngl mu mat seh..pe kabo mu...mu mesti sronok rse bhang matahari kt ngare org...

ilmu dunia&akhirat perlu dicari,bezanya, ilmu akhirat dicari didunia sebagai bekalan diakhirat sana ('',)

besh arr citeww ni..i luv dis blog...

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .


Latest Book I Read

  • rnysa: Relevankah Aku di Hatimu ()
  • Fatimah Syarha Mohd Noordin: seindah Mawar Beduri ()

Photo Albums

Powered by Friendster Blogs
Member since 06/2006