Baru Ku Tahu...
Huh akhirnya berakhir salah satu dari sejuta peristiwa dalam hidup ku -Seminar Ibadah Pesakit. 5 hingga 6 Februari merupakan satu tempoh yang agak 'mengisi' masa cuti - sibuk dengan ke-AJK-an seminar tersebut. Juga tempoh yang paling menguji kesabaran aku. Malah mungkin juga penyebab utama aku tido 2 jam jer 5 hari ni.
Overall nye, seminar nie OK jer (macam laa aku dengar kertas kerja yang dibentangkan). Sesuatu yang amat menarik minat apabila mendengar kaitan antara doktor dan dakwah dijalankan di hospital-hospital. Zaman dulu ustaz ustazah selalu sebut bila jadi doc nanti cuba la berdakwah, tanya dah solat belum? Puasa tak hari ni> Masa tu aku gelak jer. Tak sangka pula yang konsep Mesra Ibadah telah mula dijalankan di hopital-hospital.
Tajuk-tajuk yang dibentangkan pun agak menarik. Walaupun tak paham satu hape pun mase kertas kerja no 8 tuh (sbb ye ckp BA penuh,bley laa tgkap 20%). Cuma yang paing aku bengang sekali, buku aku kena curi, last2 ada kat ntah mana2 ntah. Nasib baik pengerusi persatuan jumpa. Tapi aku pulak yang kena marah letak merata2 (bukan pengerusi la marah,ORANG YANG TOLONG HANTAR tue yang lebih2). Sape yang pedajal ntah.
Yang lagi penting sebenarnya adalah apa yang kita dapat dari seminar tu. Bagi aku laa, disebabkan bahagian teknikal dan dewan ni masalah paling teruk - audio system MENAKUTKAN (respon dari peserta), flash presentation ntah pape (xsmooth and laju), rakaman video ntah pape (xamik full sbb terlepas beberapa shot), TV asyik rosak (ni pun salah peserta gak, sape suruh gi langgar wayar) dan macam2 lagi lah masalah-masalah yang mencabar keimanan, apa yang aku dapat -:
Baru ku tahu, SEMINAR itu adalah berbeza dengan majlis ilmu. Majlis ilmu masanya panjang dan penerangan lebih disebabkan hadirin tidak tahu tentang tajuk itu. Seminar pula masanya pendek, dihadiri mereka-mereka yang ada asas tentang tajuk itu yang tidak perlu penerangan detail dan hanya memberi pendedahan sahaja,kajian lanjut akan dijalankan peseta sendiri sama ada nertanya ustat atau membuat kajian sendiri. Persidangan pula dihadiri PAKAR-PAKAR. Itulah bezanya. Kesimpulannya, seminar ini satu pendedahan awal yang amat menarik, bermutu serta berkesan dalam satu langkah ke arah membina Negara Islam. (hehe)
Baru ku tahu juga, APA rasanya menjadi AJK on-the-spot yang bertanggungjawab memastikan kelancaran program. Selama ini hanya menjadi setiausaha atau bendahari je. Selesai bajet,wat bodoh jer tengok AJK lain buat kerja. Klau rajin baru tolong sepatah dua kata. Macam mana rasanya berlari dari depan ke belakang, setting TV, naik tingkat atas,pasang wayar, turun balik, passing mike,tertib dan berturut-turut. Satu perasaan baru - macam best jer. Pengalaman yang dah bosan dilalui, cuma dengan perasaan yang berbeza.
Malah baru ku tahu, teknologi broadcasting secara live yang kami gunakan semasa seminar adalah buat kali pertama, percubaan pertama bagi PERUBATAN, walaupun teknologi itu telah lama digunakan PMRAM. Rasa bangga, riak, ujub serta takabbur mula dirasai kerana kami adalah PERINTIS ke arah teknologi broadcasting yang lebih baik dari seminar ini (peralatan buruk gile). Namun begitu perasaan riak, ujub, serta takabbur itu semuanya hilang kerana masalah TV, mike flash, dsb. Potong stim betul.
Tambahan pula baru ku tahu, bagaimana rasanya bila kutukan diberikan dalam borang soalselidik (feedback peserta) tu. Seperti yang dijangka, sound system menerima undian paling tinggi dalam kategori hampeh dan buku kertas kerja menerima undian paling tinggi dalam kategori bagus. Seronok bila mengomen, bila dikomen mula la cirrhosis hati (terasa hati/luka hati). Namun segalanya dalam jangkaan, tabah,sabar dan tekun je la. Harapan? Semoga Unit Multimedia yang akan ditubuhkan tidak menjadikan saya sebagai ahlinya. Presentation flash masa persmian tu sudah cukup menyeksakan - tdo 2 jam selama 5 hari, duduk dpan comp, mata rosak, tangan krem dll. Last2 hampeh juga jadinya (last minit memang la).
Semestinya baru ku tahu, SETIAP program yang dijalankan, mesti ada post-mortem utk meningkatkan mutu program pada hari akan datang. Satu perkara yang best bila mengenangkan kesilapan lalu, tapi lagi best bila kita dapat membaiki kesilapan itu pada hari seterusnya (TV berjaya bertahan selama separuh hari sebelum wat hal - hari kedua). Kesilapan semalam adalah pengukur hari esok. Dan muhasabah adalah cara terbaik utk mencari idea-idea baru (penubuhan unit multimedia).
Selain itu baru ku tahu, BETAPA rindunya aku pada kuliah Arab. Bila orang Arab tu bercakap Arab, nak menangis. Bukan sebab tak paham, tapi sebab perasaan kerdilnya diri ini, kita berkerut-kerut muka nak memahami bahasa dia, senior-senior siap bley gelak-gelak lagi dengan lawak dia. Nama apa ntah tak ingat, Saad Hilaly.Bagaimana body language orang Arab nie berkait rapat dengan perkataan yang keluar dari mulutnya (gaya tu ada). Namun bolehlah menangkap 20% apa yang cuba disampaikan oleh penceramah itu, kerana 20% itu adalah ayat-ayat Quran.(hehe)
Kali ini baru ku tahu, manusia berbeza, cara bergaul juga berbeza. Ada yang syadid giler, tengah-tengah, ada juga yang longgar sikit. Memang susah untuk adapt dengan manusia berbeza dalam satu masa. Silap-silap yang syadid pun hancur, sehancur yang longgar tadi. Rasa bengang pun ada bile duduk sebelah akhawat (selang 3 kusi) terus blah je budak tuh. Padahal budak tuh baru je duduk. Azhariyyah kot. Habis aku kena gelak - muka aku muka perogol (??). Husnu Zhonn je laa - dia memang nak blah. Satu pengajaran - jangan duduk sembarangan walaupun tiada kerusi.
Baru ku tahu, ilmu sebenar adalah ilmu yang letaknya di hati, bukan di buku. Rasa kagum gile bile ustat2 tuh jawab soklan on-the-spot (mcm laa xpnah tgk ustat2 sbelum nie). Mcm power gile bile dorg jwb soklan skali ngn hujah2. Semua tuh adalah kebiasaan. Kalau selalu membaca mungkin boleh ingat. Sampai sekarang masih lagi haoran mengapa buku dokumentari yang aku baca, boleh ingat tapi buku teks yang aku baca, payah nak ingat. Adakah kerana mind setting? Ntah lah.
Dan yang paling penting sekali baru ku tahu, aku tidak mampu menjadi AJK yang terbaik...

tape2..cube lagi taun depan..huk2~
wuteva..seminar ni mmg cukup2 brmanfaat..cngrate utk sume..but..better improve d audio system keyh?..
wallahu a'lam
Posted by: dR-nUr | February 6, 2007 06:17 PM
hmm mcm tu lah rasenye kalu jadi ajk last minute...last minute work is really a torture...
Posted by: Syarifah Aisyah | February 7, 2007 08:48 AM
takpe3 yang pening belajar daripada pengalaman
Posted by: Safwan | February 10, 2007 01:29 AM