My Photo

April 2008

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

« Pelik tapi Benar | Main | Aku ingin menjadi Setan »

Sunday, 14 January 2007

Kisah DIA

Hari ini terasa panas walaupun musim sejuk mencatat suhu 13’C. Bayu sungai Nil terasa lembut membelai insan yang berada di jalanan. DIA masih lagi di situ di saat rakannya yang lain berebut memasuki dewan peperiksaan. Mungkin belum bersedia, mungkin belum menyedari masa peperiksaan hampir tiba lantaran asyik membelek buku Physiology-Blood.

 Di saat DIA tersedar, mulalah DIA tergesa-gesa meletakkan beg di tempat yang disediakan. Sebarang beg atau henset tidak dibenarkan masuk ke dewan exam. Malah pemeriksaan dilakukan seperti memasuki kawasan ternama- airport atau istana atau jabatan poerdana menteri. DIA berasak-asak ke depan, berebut bersama manusia-manusia Arab yang lain. Ramainya, hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. Mengalahkan pasar malam di

Malaysia

. Pasar Sayeda Aisyah pun tak begini ramai. Setiap ruang dirasakan begitu berharga untuk mencelah masuk menuju ke depan. Akhirnya DIA berjaya.

 Selesai satu urusan, DIA melangkah masuk. Debaran di hati hanya DIA yang tahu. SPM pun tidak sehebat begini, malah mungkin mengatasi debaran ketika lewat satu jam kertas BI 2 SPM. Kisah lama, kisah yang menjadi iktibar buat rakan yang lain ketika itu- jangan tidur menanti kertas seterusnya. Menaiki tangga ke tingkat 5 (entah laa..tingkat atas sekali), DIA melangkah perlahan (memang laa, sebab kali pertama masuk exam,memang laa tercari-cari kat mana tempat ye). Duduk dengan senyuman, tradisi lama yang masih lagi diamalkan. Hanya untuk menutup resah di hati. Siapa yang tidak resah jika 3 tajuk belum dibaca, hanya ingat bau-bau bacang jer.

 Tatkala membuka soalan, semua tak tahu. Ya ALLAH, bantulah hambamu nie. Teringat pesanan guru dulu-di saat kamu tidak mengetahui, gerak hatimu adalah hidayah dari NYA. Maka mulalah DIA menjawab spontaneously. Rait macam tue jer tanpa langsung berfikir. Tengok-tengok dah siap 15 minit awal. Maka mulalah DIA terkial-kial mengecheck semula jawapannya. Mane lah tahu hidayah ALLAH datang di saat itu.

 Selesai, senyum lagi. Entah apa kena dengan DIA nie. Asyik senyum je. Bajet hensem lah tue. Kemudian masa pun tamat dengan keputusan target 30 over 50. Itu pun dah cukup banyak buatnya, buat pemalas sepertinya.

 Peperiksaan pertama tamat bermakna three to go. Tapi itu semua masih lagi belum menginsafkan DIA. Masih lagi dengan aktiviti-aktiviti mengarut yang tiada kena mengena dengan pelajaran. Baginya, exam ini walaupun banyak yang tidak diketahui jawapannya, namun berjaya menstimulate dirinya untuk membuat nota hingga habis satu bab, amalan yang telah lama ditinggalkan sejak form 3.

Adakah exam seterusnya sama seperti hari ini, hanya masa yang akan menentukannya. Yang pasti, study di saat akhir betul-betul menyeksakan. Sebabnya, masa tidak cukup untuk melakukan kajian yang akan memudahkannya ingat dan faham proses tersebut.

Semilir sungai Nil terus bertiup, menemani setiap insan yang berada di lembahnya.

Comments

sedih aku dengo cerite ni.."DIA" tu sape?mcm si tukang tulis je..

sian die
jgn berportal lagi ek!

bagus2... portal la lagi!

ur blog is somewhat..atractive..keep up ur work..urm...semilir tu pe eyk?..huhu

semilir tu cam bayu lembut..

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .


Latest Book I Read

  • rnysa: Relevankah Aku di Hatimu ()
  • Fatimah Syarha Mohd Noordin: seindah Mawar Beduri ()

Photo Albums

Powered by Friendster Blogs
Member since 06/2006